• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajak Seks Jika Tak Mampu Bayar Tambang RM400

oleh
12/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang wanita mengalami pengalaman ngeri apabila bukan sahaja ditipu pemandu teksi dengan dikenakan tambang RM400 bagi perjalanan yang sejauh 76 kilometer.

Malahan pemandu tersebut turut meminta penumpang berkenaan untuk ‘tidur’ bersamanya jika tidak mampu membayar jumlah tambang mahal itu, menurut laporan akhbar China Press yang memetik kenyataan mangsa.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 7 pagi 6 Oktober lalu dan menurut penumpang tersebut yang enggan iedentitinya didedahkan kepada umum, beliau pada awalnya ingin menggunakan perkhidmatan Grab.

Namun demikian, beliau dipujuk oleh seorang pemandu teksi untuk menggunakan khidmatnya kerana tambang teksi jauh lebih rendah bahkan pemandu tersebut mendakwa konon dia menggunakan meter untuk caj penumpang.

Mangsa, seorang yang berusia 54 tahun, bersetuju untuk menaiki teksi tersebut. Bagaimanapun semasa berada di dalam kenderaan berkenaan, mangsa baru menyedari si pemandu menutup alat meternya dengan sehelai kain.

“Saya tanya dia kenapa tutup meter. Dia asyik elak topik untuk alihkan perhatian saya,” kata mangsa itu yang mahu pergi ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini.

Apabila tiba di destinasinya, pemandu tersebut kemudian meminta tambang sebanyak RM400 tetapi mangsa hanya mampu untuk membayar RM100 sahaja kerana menyangka caj dikenakan tidak sampai pun jumlah berkenaan.

Pemandu tersebut selepas itu meminta nombor telefon mangsa dan tidak membenarkan penumpang tersebut keluar dari teksi terbabit jika berdegil tidak bayar baki tambang RM300 melalui pemindahan wang ke dalam akaunnya.

“Saya terpaksa beri nombor telefon saya kepadanya. Petang itu, dia menelefon saya dan tanya kenapa tidak masuk wang. Malah, dia ugut akan menyiarkan gambar saya dalam laman sosial dengan melabelkan saya penipu.

“Dia juga bergurau jika tiada wang, saya boleh ganti hutang tersebut tidur bersamanya,” dedah mangsa. Wanita itu turut mendakwa pemandu teksi tersebut menelefonnya sebanyak tujuh kali mendesak diberikan wang kepadanya.

Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada jam 2 petang hari yang sama kerana bimbang keadaan keselamatannya mungkin terjejas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah sekadar hiasan bagaimana pemandu teksi menipu penumpang…

Tags: tambangTeksi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT, LRT Selama Sebulan

16/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan...

Tambang Bas Sekolah Mungkin Naik

26/05/2022
0

SHAH ALAM: Ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah di sekitar Lembah Klang dijangka berdepan dengan kenaikan harga tambang bermula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd