• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Etnik Rohingya Bina Hidup Baru Di Kem Pelarian

oleh
12/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASTI ramai suka membaca catatan nukilan bekas wartawan jenayah,  Syahril A. Kadir yang sering menulis dan berkongsi pelbagai kisah kemanusiaan buat tatapan pembaca.

Antara yang paling menarik perhatian ramai apabila baru-baru ini beliau sempat berkongsi kisah kehidupan pelarian etnik Rohingya yang dilihat sendiri dengan mata kasar di sebuah kem di Bangladesh.

Perkara itu bukanlah satu benda yang dapat dirasai oleh semua orang, namun Syahril, 40, sudi berkongsi cerita pengalaman tersebut menerusi beberapa catatan di akaun Facebook miliknya.

Baca: Derita Rohingya Di Kem Pelarian Cox’s Bazar

Juga: Rohingya: Satu Kematian Penuh Maruah

Menerusi perkongsian terbaharu, beliau menceritakan suasana bagaimana kanak-kanak etnik Rohingya yang berusaha keras dalam proses menuntut ilmu pengetahuan.

Meskipun hidup dalam keadaan serba kekurangan, semangat yang tinggi menyedarkan mereka bahawa pendidikan adalah amat penting.

Katanya memetik catatan itu:

“WALAU khemah dah nak roboh, makan tak pernah cukup, mandi dan toilet pun entah ke mana, namun pelarian ini tetap nak anak diorang pergi sekolah…

“Orang kita susah sikit dah suruh anak berhenti belajar. Kutuk pejabat zakat. Kutuk baitulmal. Kutuk jiran. Kutuk semua orang 360 darjah. Pastu bila anak amik syabu mulalah wat muka acah-acah nyesal, huh!”

Turut diceritakan oleh Syahril ialah bagaimana keperitan yang dihadapi oleh etnik ini membanting tulang empat kerat bagi mencari wang untuk menampung keperluan diri dan keluarga.

Tulisnya menerusi catatan tersebut:

“MEREKA tak ada duit untuk menyumbang. Tetapi mereka ada cara ‘tersendiri’. Sekurang-kurangnya mereka tetap guna tulang empat kerat mereka untuk membantu dengan cara menghiburkan kanak-kanak mangsa kekejaman junta tentera ini sekali gus melupakan sekejap penderitaan yang dialami. Ini adalah ‘jihad’ mereka. Siapa kata wang adalah segala-galanya?”

Sebagai bekas wartawan di pelbagai organisasi media, beliau turut berkongsi tips berguna untuk dijadikan panduan kepada semua individu yang menceburkan diri dalam bidang ini.

“Wartawan yang selalu membuat liputan di tempat-tempat bencana dan krisis kemanusiaan akan menjadikan lokasi sebegini sebagai tempat WAJIB SINGGAH. Ia ibarat lubuk yang menyimpan 1,001 kisah suka duka.

“Dalam tugasan yang mencabar sebegini para wartawan perlu WORK HARD AND PLAY SMART. Bukan nak mengajar tapi just kongsi tips je. Tak setuju tak apa. Lagipun aku bukanlah siapa-siapa,” kongsi beliau.

Sehingga kini, beliau masih menulis lagi mengenai kisah perjalanan etnik Rohingya. Untuk mengetahui perkembangan seterusnya, anda boleh ikuti perkongsian di laman Facebook beliau. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Sumber: Syahril A. Kadir

Tags: Etnik RohingyaIsu RohingyaSyahril A Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Diceroboh Etnik Rohingnya

03/05/2022
0

ALOR SETAR : Isu kebanjiran etnik Rohingya tidak nampak jalan penyelesaian apabila perairan negara terus `diceroboh’ etnik beraal dari Myanmar...

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd