• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Utama Adalah Mentaliti Pemain

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Prestasi skuad bola sepak kebangsaan dalam pelbagai perlawanan antarabangsa tidak akan berubah mendadak sekalipun jurulatihnya, Nelo Vingada dipecat gara-gara kegagalan membawa kemenangan kepada pasukan negara sejak membimbingnya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah permasalahan terbesar dalam skuad bola sepak negara kini ialah ia tidak mempunyai ‘mentaliti meraih kemenangan’ dalam kalangan pemainnya yang disifatkannya elemen paling getir dalam mentranformasikan kekuatan pasukan.

“Jika esok Vingada dipecat, anda akan tetap mempunyai masalah yang sama. Realitinya, masa tubuhkan kelab (JDT), kami perlukan dua ke tiga tahun untuk terapkan mentaliti meraih kemenangan.

“Jadi apa yang anda jangka untuk kami (FAM) buat dalam masa dua tiga bulan?” titah baginda ketika menjawab soalan ahli panel dalam satu sesi dialog di JDT Cafe di sini, malam tadi.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu yang mahukan Vingada selaku pengurus dan ketua jurulatih pasukan kebangsaan dipecat susulan beberapa siri kekalahan dalam perlawanan penting termasuk kelayakan Piala Asia 2019.

Semalam, pasukan Harimau Malaysia tewas 0-2 dengan pasukan Hong Kong dalam aksi timbal balik kelayakan itu dengan kapten pasukan, Safiq Rahim dilayangkan kad merah berikutan kekasarannya ke atas pemain lawan.

Sebelum itu, pasukan negara juga tewas menentang Lubnan dan juga pasukan Hong Kong pada perlawanan terdahulu.

Mengulas lanjut, Tunku Mahkota Johor tidak menyalahkan Safiq kerana mendapat kad merah ketika menentang Hong Kong malam semalam, sebaliknya menyatakan kesemua anggota pasukan harus disalahkan.

Tunku Ismail bertitah kekalahan dengan pasukan Hong Kong itu bukanlah yang terakhir bagi skuad negara malah akan ada lebih banyak lagi kekalahan pada masa depan, walaupun sukar untuk diterima.

“Tiada siapa bertanya apa yang sebenarnya berlaku dalam bola sepak Malaysia, di mana ia sudah bermasalah sejak dahulu lagi.

“Kita tak hakimi dalam satu kekalahan, kita perlu hakimi ia secara menyeluruh. Ini melibatkan soal pembangunan… pendidikan dari awal. Kalau dari kecil sudah diajar untuk jadi profesional, mereka akan jadi profesional,” titahnya.

Terdahulu, sesi dialog itu menampilkan beberapa ahli panel termasuk pengulas sukan Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad dan Vijhay Vick dari FourFourTwo serta Ooi Kin Fai dari Goal.com yang mewakili penyokong bola sepak tempatan. – BERNAMA

Tags: FAMTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd