• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek 73 Tahun Gembira Miliki Lesen Memandu

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Keinginan nenek berusia 73 tahun untuk memiliki lesen memandu akhirnya menjadi kenyataan apabila lulus dalam ujian memandu kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam percubaan kali kedua hari ini.

Kegagalan dalam ujian memandu pada 4 Oktober lepas tidak melemahkan semangat Fatimah Hassan untuk mengambil ujian ulangan.

“Syukur kepada Allah S.W.T dan saya berasa sangat gembira, tidak tahu macam mana hendak mengambarkan kegembiraan ini dan seolah-olah satu beban berat yang saya pikul sebelum ini hilang dengan tiba-tiba apabila pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya memberitahu saya lulus ujian.

“Anak nombor lima saya sanggup mengambil cuti kerja untuk menemani… memberi semangat kepada saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Menurutnya anak-anak yang lain turut menelefon dan memberi kata-kata perangsang agar tidak putus asa dan membuat yang terbaik semasa ujian.

Berita gembira kejayaan Fatimah mendapat lesen memandu hari ini turut dikongsi anggota keluargnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Fatimah turut mengucapkan kepada pihak JPJ yang banyak membantunya semasa menjalani ujian memandu dan pengajarnya Roslan Mansur, 60, yang tidak pernah jemu mengajarnya sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu. – BERNAMA

Tags: lesen memandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Miliki Lesen Memandu Kelas D/DA Boleh Mohon Lesen PSV E-Hailing

OKU Miliki Lesen Memandu Kelas D/DA Boleh Mohon Lesen PSV E-Hailing

10/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Dasar semasa tidak menghalang orang kurang upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU...

Batal Permit Jika Ramai Lulusan Memandu Terbabit Nahas

30/01/2022
0

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung atau membatalkan permit institusi memandu yang mengeluarkan ramai calon yang dikesan terbabit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd