Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Video: Pelajar Dibelasah Tak...

KES buli seperti tiada penghujungnya, ada sahaja kejadian yang dilaporkan dan ia tidak...

Emma Maembong Nak Terus...

SIAPA yang tak kenal dengan heroin drama bersiri Projek Memikat Suami, Emma Maembong...

Kenyataan Propaganda Wanita PKR...

KUALA LUMPUR - "Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sepatutnya seorang...

Cuaca Panas Dipantau Supaya...

SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersiap sedia menghadapi cuaca panas...

OKU Miliki Lesen Memandu Kelas D/DA Boleh Mohon Lesen PSV E-Hailing

KUALA LUMPUR – Dasar semasa tidak menghalang orang kurang upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas D/DA untuk memohon Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) E-Hailing.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, mereka boleh memohon lesen berkenaan dengan pengesahan kesihatan daripada pengamal perubatan berdaftar.

Beliau menjawab soalan asal Wong Chen (PH-Subang) mengenai garis panduan untuk membenarkan pemandu OKU dengan lesen A/A1 bekerja sebagai pemandu e-hailing dan rancangan kerajaan mengubah garis panduan bagi membenarkan pemandu OKU mendapatkan lesen PSV.

Mengenai kebenaran bagi pemandu OKU dengan lesen A/A1 mendapatkan lesen PSV, Hasbi berkata, dasar semasa Pelesenan Pemandu Kenderaan Perkhidmatan Awam tidak membenarkan mereka memohon Lesen Vokasional bagi apa-apa kelas.

“Perkara ini telah dinyatakan di bawah Seksyen 30, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mensyaratkan seorang pemohon membuat akuan dalam borang ditetapkan sama ada menghidap apa-apa penyakit atau ketakdayaan jasmani yang mungkin menyebabkan pemanduan menjadi punca bahaya kepada orang lain,” katanya.

Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat bertukar cemas seketika apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa menjawab soalan asal Wong Chen, kelihatan seperti sesak nafas dan berdehem beberapa kali, sebelum Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng meminta Hasbi mengambil alih tugas beliau.


Bagaimanapun, Anthony dilihat kembali stabil dan menyambung menjawab soalan tambahan daripada Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang mahu tahu sama ada terdapat pengecualian tertentu bagi golongan OKU dalam sektor e-hailing.

Bagi isu itu, Anthony menjelaskan sememangnya terdapat pengecualian diberikan namun bagi pemohon kelas A/A1 ia perlu melihat kepada kecacatan fizikal yang dialami.

“Ada yang mungkin tidak boleh di peringkat pengecualian tetapi sebagaimana dalam dasar kita, kita memang ‘pro’ kepada pemandu OKU sebab kita melihat mereka juga mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan mampu menjadi pemandu berhemah dalam perkhidmatan e-hailing.

“Selagi mereka dapat membuktikan bahawa dari segi fizikal mereka boleh memandu, kita cuba beri pengecualian. Cuma dalam borang pendaftaran mereka memerlukan pengecualian daripada Kementerian Kesihatan dalam perkara ini memang kita akan lihat dan cuba tambah baik,” katanya. – Bernama

-Sinar Harian

3 KOMEN

  1. I have been browsing online more than three hours today yet I never found any interesting article like yours It is pretty worth enough for me In my view if all website owners and bloggers made good content as you did the internet will be a lot more useful than ever before

  2. helloI really like your writing so a lot share we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this house to unravel my problem May be that is you Taking a look ahead to see you

  3. Just wish to say your article is as surprising The clearness in your post is just cool and i could assume youre an expert on this subject Fine with your permission allow me to grab your RSS feed to keep updated with forthcoming post Thanks a million and please keep up the enjoyable work

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori