• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Bina 4,000 Rumah Peneroka Haram

oleh Ahmad Albab
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Israel dijangka memajukan rancangan membina hampir 4,000 rumah peneroka haram di jajahan Tebing Barat sebagai antara usaha meningkatkan pertumbuhan penempatan.

Seorang pegawai Israel berkata, kelulusan itu termasuk unit di bandar utama Tebing Barat di Hebron, kali pertama sejak beberapa tahun.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, sebanyak 3,736 unit rumah akan diluluskan dalam pelbagai peringkat perancangan dan pembinaan.

Beliau bagaimanapun tidak memberi tempoh atau pecahan tepat, namun berkata penempatan itu akan dibina di seluruh Tebing Barat termasuk Hebron dan Migron serta Beit El berhampiran Ramallah.

“Secara keseluruhan, kira-kira 12,000 unit penempatan akan diluluskan pada 2017 di pelbagai peringkat perancangan dan pembinaan, empat kali ganda jumlah tahun lalu,” katanya.

Israel berdepan kritikan hebat ketika pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung pembinaan penempatan, namun ia berbeza dengan penggantinya, Donald Trump.

Media Israel berkata, majlis perancang dijangka bertemu minggu depan untuk meluluskan sekurang-kurangnya sesetengah daripada pelan terbabit.

Akhbar harian Haaretz berkata, jika penempatan Hebron diluluskan, ia adalah kali pertama untuk bandar selatan Tebing Barat sejak 2002.

Hebron dihuni kira-kira 200,000 rakyat Palestin dengan 800 peneroka tinggal dalam perlindungan tentera Israel di beberapa penempatan dikawal ketat di tengah bandar. – AFP/BH ONLINE

Tags: GazaIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd