• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Popular Dalam Kalangan Belia 21 Tahun Ke Atas

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 5.8 juta pengguna Facebook berusia 21 tahun ke atas lebih cenderung terhadap parti Barisan Nasional (BN).

Angka ini menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda daripada 3.1 juta pengguna yang cenderung terhadap parti pembangkang pada Julai lalu, menurut satu kajian perunding penyelidikan media sosial, Politweet.

Kajian itu menunjukkan kira-kira 51.6 peratus (3.3 juta) daripada 6.4 juta pengguna Facebook di Malaysia berumur 21 tahun ke atas berminat dengan BN.

Ini berbanding 9.4 peratus (600,000) yang secara eksklusif cenderung terhadap parti pembangkang. Sekitar 39.1 peratus (2.5 juta) menyatakan sokongan bercampur antara pihak pembangkang dan BN.

UMNO mempunyai bilangan pengguna Facebook paling tinggi di Malaysia yang berminat dengan politik dan menyatakan kepentingannya pada Julai lalu iaitu sebanyak 4.4 juta (68.8 peratus).

Ini diikuti PKR dengan 1.8 juta pengguna (28.1 peratus), DAP 1.3 juta (20.3 peratus), PAS 950,000 (14.8 peratus), MCA 740,000 (11.6 peratus), Gerakan 150,000 (2.34 peratus) dan akhirnya, MIC 81,000 pengguna (1.3 peratus ).

Daripada 6.4 juta pengguna Facebook berusia 21 tahun ke atas yang berminat dengan BN atau pembangkang pada Julai lalu, kira-kira 56.3 peratus ialah lelaki dan 43.8 peratus wanita.

“Pihak pembangkang mula meningkatkan perkongsian eksklusifnya pada Januari 2017, dan mencapai kemuncaknya dengan kecenderungan sebanyak 16.39 peratus pada bulan Mei.

“Minat terhadap pembangkang menurun sebanyak 7.01 mata dalam dua bulan terakhir ini manakala kecenderungan terhadap BN meningkat 5.66 mata,” menurut Politweet lagi.

Menerusi kajian yang bertajuk ‘Bagaimana kepentingan politik dipisahkan oleh bahasa di Facebook di Malaysia‘, ia menjelaskan bahawa ‘kumpulan eksklusif’ merujuk kepada pengguna yang hidup dalam “gelembungan”.

Ini bermaksud bahawa pengguna terbabit hanya suka, berkongsi atau membincangkan kandungan yang berkaitan dengan kegemaran pihak mereka sahaja.

“Penyokong parti politik yang hanya berdedikasi untuk mempromosikan atau menyerang hanya satu pihak sahaja akan jatuh ke dalam kumpulan ini,” kata kajian itu lagi.

Kumpulan yang mempunyai kecenderungan berbaur pula terdiri daripada pengguna yang berkongsi kandungan yang berkaitan dengan kedua-dua belah ideologi politik.

“Apabila satu kumpulan eksklusif menjadi kumpulan yang dominan, ini memberikan tekanan lebih besar kepada kumpulan eksklusif lain untuk ‘merentasi jurang’ dan membawa pengguna ke pihak mereka.

“Atau mungkin juga sekurang-kurangnya menarik minat kumpulan berbaur tersebut. Inilah kesukaran yang sedang dihadapi oleh pihak pembangkang,” kata Politweet.

Menurut kajian itu lagi, pihak pembangkang memiliki capaian 48.4 peratus daripada jumlah pasaran kepentingan parti politik, dengan merangkumi pengguna Facebook yang menyatakan kecenderungan eksklusif.

Ia digabungkan dengan mereka yang menyatakan minat bercampur. Sebaliknya, BN pula berjaya mendominasi 90.6 peratus pasaran akaun sosial tersebut.

“Ini bermakna lebih separuh daripada pengundi berpotensi di Facebook berminat dalam politik tidak ada minat terhadap apa yang pemimpin dan penyokong pembangkang kongsi dan lakukan (di media),” menurut kajian itu.

Politweet mengukur kecenderungan politik dengan menggabungkan minat menerusi akaun Facebook “(kumpulan data minat, aktiviti, grup, halaman, kemas kini status dan sejarah kerja.

“Ia boleh dikenal pasti melalui istilah lazim di Facebook misalnya ‘Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’, nama grup tertentu dan Halaman tertentu seperti Rakan BN).”

Kecenderungan juga diukur pengguna yang menyebut nama sesuatu pihak dalam kemas kini status, berkongsi pautan berita berkaitan dengan pihak tertentu atau kandungan daripada halaman milik sesebuah parti politik.

Bagaimanapun, Politweet berkata kecederungan terhadap parti politik tidak menunjukkan sokongan kepada sesebuah parti, tetapi hanya menunjukkan kesedaran mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BNpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd