• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanya Mahathir Mengapa Kadar Kemiskinan Tertinggi

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan mengapa kadar kemiskinan Sabah masih yang tertinggi di Malaysia berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kata beliau, situasi itu berlaku kerana sektor pertanian mewakili 27 peratus daripada ekonomi Sabah iaitu yang. tertinggi di dalam Malaysia, manakala sektor pembuatan hanya menyumbang kepada 8.3 peratus daripada ekonomi Sabah iaitu lebih rendah berbanding banyak negeri lain.

Selain itu, kata beliau, sektor perlombongan terutama minyak dan gas di Sabah tidak sebesar yang disangka kebanyakan orang kerana saiz sektor perlombongan di Sabah hanyalah 62 peratus saiz sektor yang sama di Sarawak.

“Sesetengah pihak akan cepat membangkitkan isu kadar kemiskinan Sabah yang merupakan kadar tertinggi di Malaysia dan cepat juga menuding jari kepada kerajaan di atas hal ini. Tetapi jika mereka telah mengkaji dengan lebih mendalam tentang struktur ekonomi Sabah, mereka akan faham kenapa ianya mempunyai kadar kemiskinan yang lebih tinggi berbanding negeri lain.

“Ini antaranya disebabkan Sabah hampir diabaikan dari segi pembangunan infrastruktur oleh seorang Perdana Menteri yang berkuasa lebih dua dekad. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini di bawah Perdana Menteri sekarang Sabah mendapat perhatian dari segi pembangunan infrastruktur kerana beliau melihat kepentingan membangunkan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Rahman bagaimanapun mengingatkan, Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 itu jelas menyebut insiden kemiskinan keseluruhan di Malaysia bertambah baik daripada 0.6 peratus pada 2014 kepada 0.4 peratus pada 2016 sedangkan pada tahun 2009 insiden kemiskinan ialah pada 3.8 peratus.

Kata beliau, insiden kemiskinan di semua negeri telah menurun dengan penurunan yang paling ketara dicatatkan di Sabah daripada 4.0 peratus pada 2014 kepada 2.9 peratus pada 2016.

Jelas beliau, Program Transformasi Ekonomi idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 telah membuahkan hasil apabila lebih ramai isi rumah di Malaysia keluar daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kata beliau, pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia telah meningkat kepada RM5,228 pada 2016 berbanding RM4,585 pada 2014 iaitu tumbuh pada kadar 6.6 peratus setahun pada nilai nominal.

Jelasnya, ia bermaksud pendapatan isi rumah Malaysia berkembang lebih pantas daripada kadar inflasi pada 2.1 peratus sepanjang dua tahun yang lepas.

“Pengagihan pendapatan isi rumah Malaysia juga bertambah baik dengan Pekali Gini menurun kepada 0.399 daripada 0.401 (2014).

“Ini menunjukkan jurang pendapatan antara isi rumah di Malaysia berkurang secara progresif dengan pendapatan penengah isi rumah B40 meningkat daripada RM2,629 (2014) kepada RM3,000 (2016) dengan kadar pertumbuhan 6.6 peratus setahun lebih pantas daripada isi rumah T20 dengan kadar pertumbuhan 6.2 peratus. Isi rumah M40 mencatatkan pertumbuhan pendapatan terpantas iaitu 6.9 peratus setahun.”

Justeru, katanya, laporan itu merumuskan pencapaian yang dikecapi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dari segi pengurusan ekonomi serta membuktikan persepsi bahawa pertumbuhan KDNK yang memberangsangkan sejak beberapa tahun lepas tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat adalah tidak benar.

“Rekod pencapaian BN tidak boleh disangkal; Pendapatan isi rumah yang meningkat, penurunan insiden kemiskinan dan pengurangan jurang pendapatan,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Abdul Rahman DahlanMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd