• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Jika Ada Pihak Pergunakan Nama PUNB

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Orang ramai diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati mana-mana pihak atau individu mempergunakan nama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk kepentingan mereka sendiri.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sejak dua bulan lepas pihaknya telah membuat tiga laporan polis mengenai penyalahgunaan nama, logo dan akronim PUNB.

Pihaknya mengenal pasti tiga kes iaitu akaun Facebook bernama Pinjaman PUNB dan koperasi diberi nama KPUNB yang menawarkan pelbagai pinjaman, dengan yang terbaharu syarikat bernama Kongsi Makan Sdn Bhd menjalankan konsep pelaburan francais menggunakan nama PUNB.

“Saya kesal, dan menegaskan bahawa PUNB tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan ketiga-tiga entiti yang saya sebutkan tadi. PUNB juga tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil menjadi perantara untuk mendapatkan pinjaman,” katanya ketika berucap merasmikan Pejabat PUNB Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Datuk Azhar Ahmad.

Pada sidang akhbarnya pula, Mohd Ali berkata kejadian seperti itu memberikan imej yang tidak baik kepada PUNB, malah lebih menyedihkan apabila ada yang hilang wang ringgit akibat menjadi mangsa kepada kegiatan tersebut.

Beliau berkata PUNB membuka pintu seluas-luasnya kepada orang ramai untuk memohon pinjaman perniagaan secara terus kepada perbadanan itu, dan orang ramai hanya perlu terus ke pejabat cawangan PUNB berhampiran untuk mengemukakan permohonan.

Sementara itu, beliau berkata PUNB dengan kerjasama Maybank Islamic telah membangunkan skim baharu, SME PUNB Property Financing-i, bagi membolehkan usahawan Bumiputera membeli dan memiliki hartanah seperti rumah kedai, lot kedai dan kedai pejabat.

Melalui skim itu, usahawan Bumiputera hanya perlu mengeluarkan lima peratus nilai belian hartanah antara RM500,000 dan RM2.5 juta, manakala tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun dengan dua tahun tempoh bernafas. (tempoh tidak bayar ansuran bulanan).

“Skim ini terbuka kepada ushawan Bumiputera, dan PUNB menyediakan jaminan 25 peratus daripada jumlah pembiayaan hartanah atau maksimum RM250,000 kepada Maybank Islamic.

“Justeru untuk tujuan ini PUNB memperuntukkan RM15 juta dengan sasaran 60 unit hartanah tahun ini dan 14 permohonan sedang dalam proses oleh pihak Maybank,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sebanyak RM9.4 juta pinjaman diluluskan kepada 26 syarikat di Melakai, dan menyasarkan meluluskan pinjaman berjumlah RM10.1 juta kepada 39 syarikat lagi di negeri ini tahun ini. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Mohd Ali Rustam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohd. Ali Sindir Calon PKR Gagal Bela Nasib Rakyat

29/04/2018
0

MELAKA – “Seorang isteri tidak dijaga, ini nak kahwin dua,” merupakan sindiran Tan Sri Mohd Ali Rustam mengulas tindakan Naib...

Prestasi BN Melaka Jaga Kebajikan, Membela Rakyat

26/04/2018
0

MELAKA - Prestasi cemerlang Barisan Nasional (BN) Melaka dalam menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat tanpa mengira musim dipercayai mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd