Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Kiswah Kaabah Diganti Malam...

MAKKAH - Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah...

Agong Yakin Kerajaan Ada...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yakin kerajaan dapat mengadakan...

Serahkan Kepada Najib Tentukan...

KOTA BELUD - Pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran menyerahkan...

UMNO Johor Mahu Semua...

JOHOR BAHRU - UMNO Johor hari memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu...

Prestasi BN Melaka Jaga Kebajikan, Membela Rakyat

MELAKA – Prestasi cemerlang Barisan Nasional (BN) Melaka dalam menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat tanpa mengira musim dipercayai mampu mengembalikan kepercayaan pengundi kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Bekas Ketua Menteri Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata ini termasuk merampas kembali kawasan yang dikuasai pembangkang seperti Parlimen Hang Tuah Jaya yang sebelum kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya dikenali Bukit Katil.

“Sebarang kemungkinan boleh berlaku selain kita pernah menang besar ketika PRU11. Oleh itu, jika nak kata kita tak mendapat sokongan orang bukan Melayu pun tak boleh juga memandangkan kerusi Parlimen Kota Melaka pun berjaya ditawan ketika itu.

“Justeru, saya yakin dan percaya pengundi kini lebih bijak dalam menentukan wakil rakyat yang bagaimana mereka mahukan bagi menyelesaikan masalah dan boleh berkhidmat secara terus dengan membela nasib mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil menghadiri perjumpaan bersama anggota persatuan bekas anggota Kemas (PBAKM) Melaka di pejabat UMNO Bahagian itu.


Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Pengerusi PBAKM Datuk Ramlah Abas serta lebih 100 anggota Kemas dari seluruh negeri.

Melaka mempunyai 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kawasan Parlimen. Pada PRU13 BN menang 21 DUN dan empat kerusi Parlimen. – BERNAMA

Kategori