• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allhamdulillah Jumlah Mangsa Banjir Menurun

oleh AK-47
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan menurun malam ini, manakala di Perak dilaporkan meningkat.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun daripada 11,636 orang petang tadi kepada 11,175 orang malam ini.

Mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah di Dungun sebanyak 5,410 orang (5,627 sebelumnya), Kemaman 5,561 (5,796), Hulu Terengganu 3 (3) dan Kuala Terengganu kekal 201.

Menurut statistik Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu, pusat pemindahan yang masih beroperasi adalah sebanyak 39 buah – di Dungun dan Kemaman masing-masing 18 pusat, Kuala Terengganu (dua) dan satu di Hulu Terengganu.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 50,292 orang berbanding 51,173 orang, yang ditempatkan di 228 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terjejas banjir.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Temerloh masih menempatkan mangsa banjir paling ramai sebanyak 21,317 orang yang ditempatkan di 65 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 12,748 orang di 40 pusat, Jerantut (5,215 orang di 46 pusat), Lipis (3,426 di 23 pusat), Bera (3,174 di 19 pusat), Maran (3,049 di 27 pusat), Kuantan (1,197 di lima pusat) dan Rompin (166 di tiga pusat).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir malam ini menurun kepada 81,458 orang berbanding 95,196 orang petang tadi, demikian menurut MKN negeri Kelantan.

Sejumlah 21,349 keluarga masih ditempatkan di 234 pusat pemindahan dalam lapan jajahan dengan Kota Baharu mencatatkan 16,352 mangsa, Pasir Mas (3,015), Tumpat (15,882), Tanah Merah (30,000), Kuala Krai (5,645), Gua Musang (3,006), Machang (7,366) dan Pasir Puteh (192).

Di JOHOR, banjir di negeri ini tidak berubah dengan mangsa banjir yang dipindahkan sebanyak 138 orang daripada 32 keluarga sehingga 8 malam ini.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, masih ada enam pusat pemindahan aktif iaitu satu di Batu Pahat dan lima di Segamat.

Di PERAK, keadaan banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian dan Manjung menunjukkan sedikit peningkatan kepada 7,139 mangsa daripada 1,950 keluarga berbanding 7,114 mangsa banjir daripada 1,945 keluarga petang tadi.

Menurut jurucakap MKN negeri Perak, jumlah mangsa di Perak Tengah kini sebanyak 4,921 orang daripada 1,341 keluarga dan ditempatkan di 20 pusat pemindahan manakala di Kuala Kangsar, jumlah mangsa banjir adalah seramai 1,131 mangsa, Hulu Perak (720), Kerian (321) dan Manjung (46). — BERNAMA

 

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd