• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mohon Maaf Bunuh Wanita – Polis

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki ditahan polis selepas memohon maaf dan mengaku dia telah membunuh seorang wanita berumur lingkungan 40-an di rumahnya di Kampung Tersusun Tasek di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berumur 34 tahun itu hadir ke Balai Polis Bercham pada kira-kira 3.30 petang dan memberitahu dia telah membunuh wanita terbabit.

“Apabila tiba di rumah terbabit polis menemukan mayat mangsa dengan kesan kecederaan di bahagian muka dan belakang kepala serta tiga jari tangan putus selain sebilah parang dijumpai di hadapan rumah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa datang ke rumah suspek kira-kira 2.30 petang tadi untuk membersihkan rumah sebelum dia dibunuh.

“Semasa kejadian hanya mangsa dan suspek berada di dalam rumah dan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dipercayai dibunuh di antara ruang tamu dengan dapur,” katanya.

Sum berkata pihak polis dimaklumkan oleh keluarga suspek bahawa suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dipercayai mempunyai masalah mental.

“Mangsa pula bukan bekerja tetap di rumah itu sebaliknya hanya bekerja sambilan apabila dipanggil oleh keluarga untuk mencuci rumah,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata polis akan menyiasat motif kejadian dan mendapatkan keterangan lanjut daripada doktor serta laporan kesihatan suspek. – BERNAMA

Tags: ACP Sum Chang Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Malaysia: Polis Tahan 7 Penyokong Perak

17/10/2017
0

IPOH - Polis menahan tujuh lelaki berikutan insiden kekecohan selepas tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang...

Pekerja Premis Serbaneka Cedera Diserang Penyamun

13/10/2017
0

IPOH - Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami kecederaan di kepala, tangan kiri dan luka di bahagian badan dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd