Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Termometer Pecah, Merkuri Tumpah...

TAIPING - Satu unit termometer pecah menyebabkan berlaku tumpahan merkuri di atas lantai...

Alahai PH… Klinik Rakyat...

FOBIA dengan nama 1Malaysia yang dipopularkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak...

Kaka Nafi Tak Hadir...

TERCETUS khabar menyatakan, penyanyi Kaka Azraff telah dipinggirkan rakan artis gara-gara menjadi punca kepada keretakan...

Najib Rasmi Pecah Tanah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan upacara...

Lelaki Mohon Maaf Bunuh Wanita – Polis

IPOH – Seorang lelaki ditahan polis selepas memohon maaf dan mengaku dia telah membunuh seorang wanita berumur lingkungan 40-an di rumahnya di Kampung Tersusun Tasek di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berumur 34 tahun itu hadir ke Balai Polis Bercham pada kira-kira 3.30 petang dan memberitahu dia telah membunuh wanita terbabit.

“Apabila tiba di rumah terbabit polis menemukan mayat mangsa dengan kesan kecederaan di bahagian muka dan belakang kepala serta tiga jari tangan putus selain sebilah parang dijumpai di hadapan rumah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa datang ke rumah suspek kira-kira 2.30 petang tadi untuk membersihkan rumah sebelum dia dibunuh.

“Semasa kejadian hanya mangsa dan suspek berada di dalam rumah dan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dipercayai dibunuh di antara ruang tamu dengan dapur,” katanya.

Sum berkata pihak polis dimaklumkan oleh keluarga suspek bahawa suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dipercayai mempunyai masalah mental.


“Mangsa pula bukan bekerja tetap di rumah itu sebaliknya hanya bekerja sambilan apabila dipanggil oleh keluarga untuk mencuci rumah,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata polis akan menyiasat motif kejadian dan mendapatkan keterangan lanjut daripada doktor serta laporan kesihatan suspek. – BERNAMA

Kategori