• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelonggaran Dasar Migrasi Dapat Tingkat Kebajikan

oleh AK-47
09/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah melonggarkan dasar-dasar migrasi dapat mempertingkatkan kebajikan pekerja serta memacu pertumbuhan ekonomi di negara-negara ASEAN, demikian menurut satu laporan Bank Dunia.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata aspek migrasi dalam wilayah ASEAN meningkat secara ketara antara 1995 dan 2015 yang menjadikan Malaysia, Singapura dan Thailand sebagai hab penghijrahan dengan 6.5 juta orang pehijrah.

“Angka itu mewakili 96 peratus daripada pekerja pehijrah di ASEAN sebagaimana disenaraikan dalam laporan ‘Migrating to Opportunity’ itu,” katanya.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi rantau Asia Timur dan Pasifik, Sudhir Shetty berkata kalangan Komuniti Ekonomi ASEAN telah mengambil langkah bagi kemudahan pergerakan pekerja berkenaan namun peraturan itu hanya melibatkan kerjaya dengan kepakaran tertentu seperti doktor, jururawat, doktor gigi, jurutera, arkitek, akauntan profesional pelancongan atau hanya lima peratus daripada pekerjaan di rantau berkenaan.

“Menerusi pilihan dasar yang tepat, negara asal dapat meraih manfaat ekonomi hasil daripada usaha migrasi keluar itu sambil melindungi rakyatnya yang berhijrah.

“Pekerja asing boleh mengisi kekurangan tenaga kerja dan menggalakkan pertumbuhan mampan di negara penerima sekiranya dasar-dasar terbabit selaras dengan keperluan ekonomi mereka.

“Dasar-dasar migrasi yang tidak tepat serta wujudnya institusi tidak berkesan akan hanya menyebabkan rantau itu kehilangan peluang untuk memaksimumkan manfaat penghijrahan,” katanya.

Laporan itu berkata sekatan sedemikian hanya menelan kos dan membabitkan proses pengambilan pekerja yang berlanjutan.

Malah, bilangan pekerja yang dibenarkan memasuki sesebuah negara pada kuota terhad dan dasar ketat pengambilan pekerja hanya menjejaskan lagi pilihan serta kebajikan mereka.

Menurut laporan itu lagi, dasar-dasar sedemikian pula sebahagiannya dipengaruhi oleh persepsi bahawa kebanjiran pekerja asing ini boleh memberi impak negatif terhadap ekonomi negara penerima.

“Bagaimanapun, bukti yang ada menunjukkan sebaliknya. Di Malaysia, hasil simulasi mendapati 10 peratus peningkatan pekerja asing kurang mahir ini dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.1 peratus manakala KDNK Thailand pula akan susut sebanyak 0.75 peratus tanpa penghijrahan tenaga kerja,” katanya.

Menurut Bank Dunia, pelbagai dasar boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan pergerakan pekerja selain lebih banyak pengawasan ke atas agensi pengambilan pekerja di sekitar rantau itu.

Malaysia juga, kata bank itu, dapat menyelaraskan dasar-dasar migrasi mengikut keperluan ekonominya termasuk menyemak semula sistem levi semasa dan mempertingkatkan penyelasaran dengan negara-negara pengirim atau asal pekerja terbabit. – BERNAMA

Tags: bank dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SMKKJ Jadi Kolej Tingkatan 6 Dipersetujui Tiga Tahun Lalu

Kanak-kanak Malaysia Tidak Cukup Belajar Di Sekolah – Laporan Bank Dunia

29/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan baharu Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan...

Bank Dunia Gesa Malaysia Cari Sumber Pendapatan Baharu

Bank Dunia Gesa Malaysia Cari Sumber Pendapatan Baharu

03/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meninjau sumber pendapatan baharu bagi memantapkan kedudukan fiskalnya memandangkan pendapatan kerajaan berada dalam aliran menurun sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd