• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lanjut Umur Nelayan Terima Elaun Sara Hidup

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Pengerusi Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim mengharapkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan umur nelayan yang menerima bantuan Elaun Sara Hidup kepada 75 tahun berbanding 70 tahun sekarang.

Beliau berkata ini kerana terdapat nelayan yang lanjut usia masih turun ke laut bagi mencari sumber pendapatan.

“Harapan saya (untuk Bajet 2018) ialah melihat nasib nelayan terbela. Saya melihat nelayan yang berumur 70 tahun ke atas masih lagi turun ke laut. Saya amat mengharapkan agar elaun sara hidup mereka dapat dipanjangkan tempoh sehingga ke 75 tahun.

“Terdapat banyak nelayan yang memiliki rumah di tepi pantai yang dalam keadaan daif. Saya amat berharap agar kediaman mereka dibaik pulih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Jom Makan Ikan’ sempena Kempen Pengurangan Kos Sara Hidup, di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor berkata program seumpama itu perlu diperbanyakkan bagi menangani penglibatan orang tengah dalam urus niaga hasil laut agar pengguna mendapat harga yang lebih berpatutan.

Pada majlis itu sebanyak tiga tan ikan segar dan lebih satu tan ikan segar beku Q’Fish dijual dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

Program berkenaan akan diadakan setiap bulan di lokasi terpilih termasuk di Lembah Klang.

Sementara itu Irmohizam berkata dalam usaha memperluas pemasaran Q-Fish, LKIM menjemput koperasi dan usahawan tempatan untuk bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) .

“Kerjasama secara terus itu dapat memastikan ikan Q-Fish dijual kepada orang ramai dengan harga yang lebih rendah sekal igus dapat mengurangkan kesan pengambilan untung oleh orang tengah yang membebankan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Tags: ElaunNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd