• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

529 Tan Barangan Telah Disalurkan Ke Negeri Dilanda Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPUNG GAJAH – Sebanyak 529 tan barangan keperluan telah disalurkan melalui Pusat Pengumpulan Bantuan Bencana di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang ke negeri yang dilanda banjir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bagi memudahkan pengagihan bekalan untuk negeri yang terlibat dengan bencana banjir, tiga pusat kecil pengumpulan bekalan diwujudkan di Tambun, Perak; Alor Setar, Kedah dan Batu Berendam, Melaka.

Katanya barangan yang dikumpulkan di TUDM Subang akan dihantar ke pusat kecil berkenaan sebelum diagihkan.

“Ini juga untuk memudahkan orang ramai menyampaikan sumbangan (di pusat pengumpulan) kerana ramai nak bagi sumbangan tetapi tidak tahu di mana,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Pusat Pemindahan Banjir Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak di sini, Rabu.

Beliau juga berharap ramai sukarelawan akan tampil membantu mangsa banjir terutamanya semasa pasca banjir.

“Kalau ATM (Angkatan Tentera Malaysia) saja yang dah gerakkan 5,000 anggota, saya harap sukarelawan 10 kali ganda lah,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata setakat hari Rabu, seramai 20,500 veteran dan bekas tentera dikenal pasti terjejas dengan banjir dan kerajaan akan membantu meringankan beban mereka.

“Usaha kita adalah untuk membantu membaik pulih rumah mereka. Kita akan manfaatkan dana sebanyak RM6.9 juta di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan saya telah luluskan RM10 juta lagi peruntukan sedia ada bagi bantuan kepada veteran dengan kadar RM500 kepada setiap keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd