• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO & PAS Perlu Fleksibel Mencari Titik Persamaan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengusulkan agar UMNO dan PAS “duduk semeja” bagi mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam.

Beliau berkata pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan dan disebabkan itulah UMNO dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan.

“Jika PAS mahu bekerjasama atau membincangkan soal itu, UMNO sebenarnya tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama media di sini, malam tadi.

Annuar berkata walaupun UMNO tidak boleh berkompromi dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu masih banyak perkara lain yang boleh dibuat bersama melalui konsep ta’awun (tolong-menolong dalam kebaikan) seperti dalam meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Sementara itu, Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh, berkata UMNO kini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Kita ingin menegaskan siapa-siapa (parti) yang menyokong DAP kita akan tentang seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat.

“Bagi saya pada PRU-14 akan datang, mana-mana yang menyokong DAP kita wajib tentang kerana kita tidak mahu DAP ‘menguasai’ walaupun mereka tidak memerintah seperti yang berlaku di Selangor,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd