• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal, 7 Pekerja Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan tujuh pekerjanya yang direman sejak Jumaat lepas dibebaskan pada 7 petang semalam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Jamal bersama pemandu dan pengawal peribadinya serta lima yang lain ditahan polis di Sekinchan, Sabak Bernam, dekat sini susulan tindakan memecahkan botol arak di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, pada Khamis lepas.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta perhimpunan.

Dalam insiden di depan pintu masuk utama bangunan SUK itu, Jamal dan pengikutnya bertindak memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras sebagai simbolik bantahan terhadap sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.

Mereka bertindak sedemikian ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilapor berkata penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan sekiranya menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandaran Klang. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md Yunospolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd