• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RoS Setuju Dengan Pelantikan Firma Audit Bebas

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan sebuah badan bebas oleh DAP bagi mengendalikan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata DAP telah melantik Grant Thornton, sebuah firma audit bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat, untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu yang dijangka pada 12 Nov ini.

“Kita telah jawab kepada pihak DAP yang kita bersetuju atas pelantikan badan bebas tersebut dan terpulang kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian geran kepada persatuan penduduk di Pulau Pinang oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di Dewan Millenium, di sini hari ini.

Sebelum ini DAP difahamkan telah melantik firma audit bebas PKF Consulting untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu.

Bagaimanapun, pelantikan firma audit itu sebagai pemerhati bebas dibantah oleh anggota perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula berkenaan kerana mendakwa firma audit tersebut dipilih sendiri oleh pimpinan DAP yang tidak sah dan boleh menimbulkan elemen curiga terhadap pemilihan semula terbabit.

Pada Selasa lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Selasa dilaporkan berkata parti itu dalam proses menyiapkan dokumentasi dan satu sidang akhbar mengenainya dijangka diadakan dalam masa terdekat di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Pada 17 Julai lalu DAP menerima surat daripada RoS yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Arahan itu dikeluarkan berikutan RoS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Mohamad Razin berkata sehingga September lalu, sebanyak 2,357 persatuan di Pulau Pinang telah dibatalkan pendaftarannya kerana melanggar Akta Pertubuhan 1966 dan undang-undang pertubuhan.

Beliau berkata mengikut rekod jabatan, terdapat 4,870 pertubuhan yang masih aktif di negeri ini. – BERNAMA

Tags: ROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd