• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pahang Mahu Bertanding Di Kawasan DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – PAS Pahang akan bertanding sekurang-kurangnya di empat kawasan dewan undangan negeri (DUN) yang disandang oleh DAP di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, bersandarkan keyakinan bekas sekutunya tersebut tidak mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata ini kerana PAS Pahang melihat kemenangan DAP di kawasan berkenaan adalah atas sokongan pengundi PAS.

“Apabila berlakunya perpecahan dalam pakatan pembangkang, kita yakin DAP hanya mampu mempertahankan paling banyak tiga kerusi (daripada tujuh yang disandang) pada PRU nanti.

“Yang lain kita jangka hilang sebab kawasan-kawasan itu mereka menang dengan majoriti kecil bawah 100 undi dan antara 1,000 dan 2,000 undi yang kita yakin datang daripada pengundi PAS,” katanya dalam sidang media mengenai tawaran PAS Pahang pada PRU-14, di sini hari ini.

Rosli berkata empat kerusi terbabit antara sekurang-kurangnya 35 kerusi DUN Pahang yang diintai PAS pada PRU-14 nanti.

Katanya PAS Pahang yakin dapat memenangi 21 daripada kerusi berkenaan.

Pada PRU-13, DAP menang tujuh daripada 42 kerusi DUN Pahang iaitu Tanah Rata, Tras, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai, dan Triang sementara PAS pula memenangi tiga kawasan iaitu Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan. – BERNAMA

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd