• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tidak Restui Tindakan Jamal Pecah Botol Arak

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos memecahkan botol minuman keras di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor semalam tidak direstui parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami tidak sokong perbuatannya. Beliau juga pengerusi sebuah NGO (badan bukan kerajaan). Ya, beliau seorang daripada ketua bahagian kami. Satu daripada 191 (bahagian), lagi 190 tidak pecahkan apa-apa,” kata Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia tersebut pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ke-10, di sini hari ini.

Media melaporkan Jamal dan tujuh lagi lelaki ditahan kira-kira 1.45 pagi tadi di sekitar Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor, susulan tindakannya memecahkan botol arak semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam, Jamal dan anggota gabungan itu membawa 10 kotak berisi kira-kira 100 botol minuman keras ke bangunan SUK, sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran sebarang pesta arak di negeri berkenaan.

Jamal kemudian bertindak memecahkan kesemua botol minuman keras itu di depan pintu masuk utama bangunan tersebut.

Tindakan itu dibuat susulan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan berkata penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan telah menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandaran Klang. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md Yunospesta arakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd