Sejak 18 Disember lepas sehingga semalam, dilaporkan hanya seramai 10 orang meninggal dunia akibat mati lemas di Kelantan akibat banjir yang melanda negeri itu.
Timbalan Ketu Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman berkata dalam tempoh berkenaan, terdapat dua orang termasuk seorang kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan di Kampung Kuala Sepertang masih tidak ditemui kerana dihanyutkan arus banjir.
Daripada 10 yang mati lemas, sebanyak tiga mangsa di Kota Bharu, tiga mangsa di Tumpat dan empat mangsa di Pasir Mas, katanya.
MENARIK – Najib Sifatkan Banjir Landa Kelantan Malapetaka Besar
“Lapan daripada jumlah yang terkorban itu adalah orang dewasa dan dua kanak-kanak,” katanya memetik laporan Astro Awani.
Seorang warga emas bersama isterinya di Kampung Karangan, Laloh, Kuala Krai yang dilaporkan hilang pada 24 Disember lepas, telah ditemui selamat di atas pokok di kampung itu sehari kemudian oleh penduduk. – MYNEWSHUB.CC
Video Rangkuman Banjir Di Kelantan
http://youtu.be/ho1-eq8ya1I

