• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Kerajaan Kini Lebih Tersusun – Najib

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bantuan daripada kerajaan kini diagihkan dengan lebih tersusun berbanding diberi secara pukul rata yang hanya akan memburukkan lagi jurang perbezaan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pengenalan tujuh jenis kad diskaun untuk kumpulan sasar daripada pelbagai lapisan masyarakat antara contoh bentuk bantuan daripada kerajaan agar beban kehidupan mereka dapat dikurangkan.

Najib berkata tujuh kad berkenaan adalah Kad Friends of KPDNKK (sahabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) yang disediakan kepada umum, Kad Ceria untuk semua penduduk Wilayah Persekutuan, Kad OKU yang memberi pelbagai manfaat dan kemudahan pemilik (kurang upaya), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang direka agar berfungsi sebagai kad debit, kad ATM dan juga kad diskaun untuk para penuntut institusi pengajian tinggi.

“Anggota keselamatan juga diperuntukkan khas dengan 1Malaysia Privilege Card dan para pesara juga tidak dilupakan khidmat mereka dengan penyediaan Kad Bekas Tentera dan Kad Pesara Kerajaan,” katanya melalui catatan terbaru di laman blog, www.najibrazak.com, hari ini.

Beliau berkata kad diskaun itu adalah antara pelbagai inisiatif yang diperkenalkan sebelum ini agar dapat terus membantu kehidupan rakyat yang lebih memerlukan.

“Dasar-dasar membela kehidupan mereka yang kurang bernasib baik serta secara langsung ini juga akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan hari ini,” katanya.

Najib menekankan bahawa kerajaan mengambil berat keluhan rakyat berkenaan kos sara hidup yang semakin meningkat dan atas kesedaran inilah pelbagai inisiatif dijalankan seperti mengawal harga barang keperluan tertentu.

“Namun untuk mengawal kesemua barang dalam keadaan ekonomi negara yang semakin kompleks adalah mustahil,” katanya. – BERNAMA

Tags: bantuanDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini. Ia termasuk...

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd