• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks Haji KLIA Mula Beroperasi 2018

oleh AK-47
07/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Semua urusan berkaitan haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya akan berpindah ke premis baharu iaitu Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula tahun depan.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kompleks baharu yang kini dalam fasa akhir pembinaan itu dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

“Saya ingin memaklumkan bahawa musim haji kali ini adalah tahun terakhir jemaah kita berlepas dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

“Dengan izin Allah, tahun depan kita akan menggunakan Kompleks Tabung Haji KLIA sebagai tempat pengumpulan dan penghantaran jemaah haji,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan seramai 268 orang kumpulan terakhir jemaah haji ke tanah air di KLIA di sini hari ini.

Mula beroperasi pada 1983, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya berperanan memudahkan urusan penghantaran jemaah haji ke Tanah Suci pada setiap musim haji di mana semua urusan daftar masuk dibuat di situ.
​​​​​​​
​​​​​​​Abdul Azeez berkata perpindahan ke kompleks baharu terletak di lokasi strategik yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit ke KLIA akan membantu mempermudah dan meningkatkan lagi efisiensi TH dalam urusan pengendalian hal berkaitan haji.

Dibina di atas tapak seluas 6.36 hektar, kompleks yang terletak bersebelahan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA itu bakal dilengkapi dengan galeri haji, dewan serba guna, pejabat pentadbiran, pusat konvensyen dan seminar, pusat sukan dan cawangan Bank Islam.

Selain di Kelana Jaya, Selangor, TH kini memiliki empat kompleks haji iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang; Kota Kinabalu, Sabah: Kuala Terengganu, Terengganu dan Alor Setar, Kedah.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata surat tawaran menunaikan haji untuk 2018 akan dikeluarkan bermula November depan secara berperingkat sehingga tempoh akhir pada Mei tahun hadapan, manakala kursus haji dijadual bermula seawal Disember ini.

Mengenai lima jemaah haji yang masih dirawat di Hospital Arab Saudi, beliau berkata pihak hospital telah memaklumkan kesemua mereka boleh dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul RahimHaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd