• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Agama Digesa Tekan Ajaran Asas Kepada Penganut

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup hari ini meminta ketua agama memberikan kefahaman kepada penganut agama masing-masing tentang ajaran asas dalam hubungan dengan kelompok berlainan agama demi memastikan Malaysia kekal aman dan harmoni.

Beliau berkata kajian oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Universiti Putra Malaysia menunjukkan hubungan antara agama di Malaysia secara relatifnya baik.

“Namun, suhu hubungan antara agama di Malaysia boleh menjadi ‘panas’ disebabkan isu tertentu melalui manipulasi dan provokasi pihak tertentu yang berkepentingan.

“Oleh itu peranan ketua-ketua agama menjadi amat penting kerana kewibawaan dan autoriti untuk memberi pendangan berasaskan ajaran agama masing-masing dalam suatu isu adalah amat diperlukan,” katanya berucap merasmikan Dialog Antara Agama di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), dekat sini hari ini.

Kurup berkata kewibawaan ketua agama juga diperlukan untuk menjernihkan kekusutan dalam hubungan antara kelompok berlainan agama di negara ini.

Mengenai majlis itu, beliau berkata dialog agama anjuran JPNIN dan UMS tersebut bertujuan mengajak masyarakat pelbagai agama agar dapat menyampaikan mesej toleransi, perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain tanpa membezakan fahaman dan kepercayaan agama masing-masing.

“Program ini dapat menggalakkan perkongsian pengalaman dan percambahan idea dalam mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama di seluruh Malaysia.

“Oleh itu saya berharap pemimpin agama dari Semenanjung dan Sabah yang hadir pada program ini dapat menimba ilmu, berkongsi idea dan pengalaman serta seterusnya dapat memainkan peranan masing-masing dalam menyebarluaskan mesej toleransi dan kesederhanaan bagi mempromosikan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Joseph Kurup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jauhi Isu Agama & Perkauman Dalam PRU14

04/04/2018
0

PUTRAJAYA - Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diingatkan tidak memainkan isu-isu sensitif seperti...

16 Koperasi Rukun Tetangga Bakal Ditubuh Tahun Ini

25/03/2018
0

LANGKAWI - Sebanyak 16 koperasi Rukun Tetangga akan ditubuhkan tahun ini sebagai strategi berterusan untuk melibatkan badan komuniti tersebut dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd