• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan Tuba Ikan Masih Berleluasa Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
05/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perikanan Negeri Kelantan mengesan kira-kira 20 kes menuba ikan di negeri ini setiap tahun yang kebanyakannya berlaku di kawasan sungai di hulu Kelantan termasuk jajahan Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai.

Pengarahnya Anuar Salam Sulaiman berkata kegiatan tersebut dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab berikutan pihak jabatan berdepan kekangan dari segi pemantauan.

“Kebanyakan sungai yang terlibat dalam aktiviti tersebut terletak jauh di pedalaman dan kita berdepan masalah untuk membuat pemantauan secara menyeluruh,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum Serentak Seluruh Negara sempena Program Gelombang Nelayan Nasional di Sungai Pengkalan Datu, Wakaf Stan di sini, hari ini.

Majlis tersebut yang melibatkan pelepasan 20,000 benih ikan jenis lampam sungai dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani.

Program pelepasan benih ikan itu dilakukan secara serentak di seluruh negara hari ini oleh Jabatan Perikanan dan akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Anuar Salam berkata kegiatan menuba tersebut membabitkan penggunaan racun, renjatan elektrik dan bahan letupan menyebabkan ekosistem sungai terjejas teruk.

“Ini boleh memberi kesan kepada tumbesaran benih ikan dan udang di dalam sungai terbabit yang sekali gus merugikan nelayan yang mencari rezeki di sungai,” katanya.

Katanya setakat ini tiada suspek yang ditahan berhubung aktiviti menuba sebaliknya pihaknya berjaya merampas peralatan dan hasil aktiviti tersebut yang ditinggalkan apabila suspek mengetahui kehadiran pihak berkuasa.

Beliau berkata kegiatan menuba ikan adalah satu kesalahan menurut Akta Perikanan 1985 di bawah Kaedah-Kaedah Sungai Negeri Kelantan dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau dua tahun penjara.

Sementara itu, beliau berkata kira-kira 500,000 benih ikan bernilai RM250,000 dilepaskan di stesen pelepasan benih ikan di perairan umum termasuk sungai di seluruh negeri ini pada tahun ini.

Katanya antara benih ikan yang dilepaskan ialah lampam sungai, kelah, udang galah, baung, jelawat dan tengas. – BERNAMA

Tags: Ikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd