• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sita RM29j Lagi, Kes Seleweng Dana Kementerian

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita RM29 juta lagi, dalam siasatan terbaharu mengenai penyelewengan dana oleh sebuah kementerian di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad membuat pendedahan itu dalam ucapannya sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan kali ke-9 di sini hari ini.

“Semalam kami telah menyita lebih RM150 juta dalam akaun bank, dalam kes penyelewengan terbaru di Sabah dan saya baru sahaja diberitahu tadi, RM29 juta lagi dibekukan hari ini,” katanya.

Semalam, lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat suruhanjaya berkenaan di 15 lokasi berbeza di Sabah.

Bagaimanapun, pihak SPRM setakat ini masih lagi belum mendedahkan nama kementerian berkenaan.

Sementara itu dalam ucapannya, Dzulkifli juga mendedahkan jumlah wang rasuah yang disita dan yang ditemui semula adalah mengejutkan.

“Pada 2015, SPRM merampas RM3.9 juta manakala tahun lepas (2016) RM4.95 juta disita.

“Pada tahun ini, sehingga September 2017, sejumlah RM21.4 juta berjaya dirampas. Jumlah ini mencerminkan kejayaan SPRM iaitu menyaksikan peningkatan hampir 400 peratus berbanding tahun sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kejayaan ini adalah hasil usaha penguatkuasaan yang berkesan.

“Pencapaian SPRM ini disumbangkan oleh peningkatan kesedaran, pengaruh dan kerjasama yang cemerlang dengan rakan kongsi kami, masyarakat keseluruhannya.

“Bagaimanapun, pencapaian ini tidak boleh menjadikan kami lupa diri dan kami tidak boleh memperlahankan usaha penguatkuasaan kami,” katanya.

Dzulkifli berkata SPRM boleh melakukan lebih baik dan mencapai lebih banyak lagi kejayaan dengan menetapkan keutamaan mereka.- BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd