• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Kewangan Islam Lebih Mudah Difahami

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemahaman dunia mengenai instrumen kewangan patuh syariah adalah masih rendah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amanie Advisors LLC Dubai, Maya Marissa Malek.

Beliau berkata, usaha untuk mendidik orang ramai mengenai kewangan Islam perlu dilaksanakan supaya salah faham dan salah maklumat mengenai mekanismenya dapat dielakkan.

“Jika kita menjadikannya (kewangan Islam) terlalu sukar untuk mereka (orang ramai) memahami, ini akan menghakis minat mereka​​​​ ​​​(terhadap instrumen kewangan Islam),” katanya kepada Bernama di luar Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-14 di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat perbezaan antara pelabur syariah dan konvensional, memandangkan pelaburkonvensional menyasarkan keberuntungan atau pulangan kompetitif, manakala pelabur syariah akan​​​​​​​memastikan aset asasnya adalah patuh syariah.

Maya Marissa berkata, pengurus dana dan aset perlu terlebih dahulu menggariskan persamaan antara​​​​​​​instrumen syariah dan konvensional, contohnya, aspek risiko dan penetapan harga.

“Pengurus dana dan aset juga perlu melihat kepada jenis pelaburan industri yang berbeza, memandangkan mereka yang akan menjelaskan merit tersebut kepada para pelabur.

“Mereka yang mempunyai rekod prestasi yang baik juga perlu memperkenalkan produk pelaburan patuh syariah kepada pelabur konvensional, sekali gus mewujudkan asas pelabur yang lebih luas,” katanya.

Selain menjadikan modul kewangan Islam lebih mudah untuk difahami orang ramai, Maya Marissa juga berkata, perkara seperti dokumentasi undang-undang juga perlu dipermudahkan.

“Instrumen pelaburan Islam perlu distruktur semula, agar menjadikannya lebih mudah untuk disertai​​​​​​​pelabur konvensional dan asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maya Marissa Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd