• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Maklumat Palsu Rencatkan Tugas Pasukan Penyelamat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyebaran maklumat palsu berkaitan banjir melalui media sosial perlu dihentikan kerana perbuatan itu boleh mengganggu tugas pasukan penyelamat, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Menurutnya, penyebaran maklumat sedemikian boleh menjurus kepada usaha menyelamat dan memberi bantuan ditujukan kepada pihak yang sebenarnya tidak memerlukan bantuan.

“Ia menyebabkan kepincangan dari segi aktiviti nak menyelamat kerana maklumat yang disampaikan tidak tepat.

“Cuba bayangkan selepas mandapat maklumat, pasukan keselamatan akan bergerak untuk menyelamat mangsa secepat mungkin tetapi jika maklumat itu palsu, akhirnya orang yang benar-benar memerlukan bantuan pasukan penyelamat tidak dibantu. Apa perasaan mereka,” katanya.

Mohamed Sharil ditemu bual oleh Bernama Radio24 menerusi telefon dalam rancangan ‘Dalam Radar’ malam Selasa.

Beliau menarik perhatian bahawa biarpun pelbagai nasihat dan inisiatif telah dilaksanakan pihaknya dalam mendidik masyarakat, namun trend penyebaran maklumat palsu melalui media sosial masih berlaku.

Mohamed Sharil berkata SKMM sedang meneliti kira-kira 18 kes berkaitan penyebaran berita tidak sahih mengenai insiden banjir dan ia menyaksikan lapan individu dipanggil untuk memberi keterangan setakat ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=WZdx-R4Q3zI

Tags: BanjirSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd