• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Las Vegas: Polis Siasat Nota, Kamera

oleh Ahmad Albab
04/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAS VEGAS – Sheriff Las Vegas, Joseph Lombardo, berkata siasatan yang dijalankan di bilik penginapan suspek di tingkat 32, Hotel Mandalay Bay berjaya menemui beberapa kamera litar tertutup, termasuk bagi memantau pergerakan di koridor.

Pada masa sama, katanya, pihaknya turut menyiasat gambar bahagian dalam dan luar bilik yang disiarkan oleh stesen televisyen Boston 25 dan akhbar Jerman, Bild.

Antaranya yang memaparkan imej suspek, Stephen Paddock bersama dua senapang yang dipasang pada bipod dan terdapat nota tulisan tangan berada di atas meja berhampiran kakinya.

Selain itu, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan timbunan peluru dan lain-lain senjata di atas sebuah kerusi rehat.

Lombardo berkata, insiden tembakan dari tingkap bilik penginapan Paddock ke arah kira-kira 22,000 pengunjung konsert pada Ahad lalu, secara keseluruhannya mengambil masa selama sembilan minit.

Setakat ini, 59 penonton disahkan maut, manakala 500 lagi dilaporkan cedera dan mereka kini dirawat di hospital.

Beliau berkata, motif serangan mendorong suspek yang memiliki beberapa hartanah itu masih belum dikenal pasti.

Paddock dilaporkan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan politik dan radikal.

Sementara itu, di Mesquite, jiran suspek, Rod Sweningson, menyatakan rasa terkejut dengan insiden itu.

“Saya tidak menyedarinya sehinggalah saya menonton siaran berita yang mendedahkan bahawa ‘orang gila’ itu tinggal di sini,” kata Sweningson yang tinggal beberapa meter dari banglo milik Paddock.

Sweningson turut menggambarkan Mesquite yang didiami kurang 20,000 penduduk sebagai sebuah pekan kecil yang tenang dan keselamatan bukan menjadi isu yang besar.

“Kami tidak pernah berfikir untuk mengunci pintu rumah. Kami tidak sangka kami tinggal berhampiran dengan ‘orang gila’,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Las Vegaspolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd