• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

76 Premis Keagamaan Gagal Patuhi Peraturan

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati 76 daripada 230 sekolah pondok dan pusat tahfiz di seluruh negara yang diperiksa sepanjang minggu lepas masih gagal mematuhi peraturan keselamatan kebakaran yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata pihaknya telah mengeluarkan notis kepada 76 sekolah pondok dan pusat tahfiz terbabit agar mengambil langkah segera bagi mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.

“Antara aspek yang dikesan tidak menepati tahap keselamatan termasuk laluan keselamatan terhalang, wujud aktiviti memasak di dalam asrama, jumlah penghuni dan katil yang terlalu padat serta penyambungan atau pendawaian elektrik yang berlebihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sekolah-sekolah Aliran Agama Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Seksyen Perakuan Bangunan Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Datuk Zamri Che Din dan Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood.

​​​​​​​Kempen itu dihadiri lebih 700 penghuni dan pengusaha sekolah pondok dan pusat tahfiz di Kelantan bagi memberi pendedahan kepada mereka berhubung prosedur pendaftaran sekolah pondok dan ciri-ciri keselamatan yang perlu dipatuhi.

Soiman berkata pemeriksaan pihaknya juga mendapati tahap kesedaran keselamatan sekolah pondok dan pusat tahfiz telah meningkat berikutan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 14 Sept lepas yang menyaksikan 21 pelajar dan dua guru maut.

“Selepas kejadian itu ramai pengusaha premis berkenaan tampil mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak bomba dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan keselamatan itu dilaksanakan dalam tempoh sebulan iaitu sehingga 19 Okt ini dan laporan komprehensif akan diserahkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dibentangkan kepada Kabinet.

Katanya pemeriksaan keselamatan itu membabitkan kira-kira 1,200 sekolah pondok dan pusat tahfiz di seluruh negara melibatkan 400 orang anggota bomba. – BERNAMA

Tags: Datuk Soiman Jahid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU14: Cuti Bomba Dibekukan Mulai Sabtu Ini

19/04/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Soiman Jahid berkata cuti semua pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd