• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di R&R Temerloh Mengigil Jumpa VVIP

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH (Bernama) — Lebih 50 mangsa banjir yang menumpang sementara di R&R Temerloh terkejut petang ini apabila melihat dua buah helikopter mendarat di tengah jalan Lebuhraya Pantai Timur dengan membawa seorang tetamu istimewa.

Mereka yang datang dari Kampung Bintang dan Kampung Sanggang Seberang tidak menyangka apabila mendapati Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turun daripada helikopter itu sebelum segera mendapatkan baginda.

Bagi Norafni Arjulinas, 30, beliau sama sekali tidak menduga, baginda sanggup mencemar duli dan singgah di R&R itu untuk menjenguk mereka yang telah empat hari bertumpang teduh di situ.

“Memang tak sangka baginda datang bertanyakan khabar kami dan saya masih mengigil kerana ini kali pertama melihat baginda secara dekat,” katanya.

tengku 1

Dalam lawatan itu, Tengku Abdullah bersama anakanda baginda Tengku Muhammad Riayatuddin Shah dilihat turut beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.

(DISYORKAN BACA : Tak Perasan Berbual Dengan Sultan Kelantan, Panggil ‘Abang’)

Sementara itu, Roslan Zainal, 34 turut menyatakan perasaan terharu dengan kunjungan yang dilakukan oleh anak raja berjiwa rakyat itu.

“Baginda bertanyakan khabar kami dan sempat menasihati kami agar menjaga makan dan kebersihan sepanjang berada di sini,” katanya.

Atas dasar kemanusiaan pengendali LPT, Anih Berhad membenarkan penduduk di kawasan berhampiran menumpang sementara di kawasan itu setelah rumah mereka dilanda banjir.

Kawasan R&R Temerloh juga ditutup kepada pengguna lebuh raya itu setelah Kilometer 124 dan 126 dinaiki air sejak beberapa hari lepas.

Menurut kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Anih Berhad, banjir di kawasan berkenaan kini mencatatkan penurunan walaupun perlahan dan laluan Lanchang-Temerloh-Lancang dan Chenor-Temerloh-Chenor sehingga kini masih ditutup kepada semua kenderaan.– BERNAMA

(Gambar paling atas adalah gambar hiasan)

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd