• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Palestin Runding Penyatuan Fatah, Hamas

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Perdana Menteri Palestin tiba di Gaza dalam langkah ke arah penyatuan Fatah dan Hamas, sedekad selepas pergerakan pejuang itu merampas wilayah berkenaan.

Rami al-Hamdallah berkata, kerajaannya akan mula mengawal hal ehwal pentadbiran di Gaza, selain tanggungjawab memastikan keselamatan, termasuk di di pusat lintasan dan sempadan.

“Kami kembali ke Gaza dalam usaha merumuskan perpaduan dan penyatuan serta menamatkan kesan buruk perpecahan dan membina semula Gaza,” kata Hamdallah.

Hamas, yang dianggap pertubuhan pengganas oleh kerajaan rejim Israel dan Barat, membuat langkah dramatik ke arah penyatuan bulan lalu.

Ini termasuk membubarkan kerajaan di Gaza, selepas Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mengenakan sekatan ekonomi terhadap penyumbang terbesar mereka, Qatar.

Berdasarkan persefahaman terdahulu, kira-kira 3,000 anggota keselamatan Fatah akan diserapkan secara berperingkat ke dalam pasukan polis Gaza, yang dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri, diketuai Hamdallah.

Usaha itu tetap membolehkan sayap bersenjata Hamas, yang dikatakan memiliki 25,000 pejuang terlatih dan lengkap, menguasai wilayah Palestin dengan dua juta penduduk itu.

Tentera yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas hilang kawalan ke atas Gaza dalam pertempuran dengan Hamas pada 2007. – REUTERS/BH ONLINE

Tags: HamasPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd