• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek 60 Tahun Ditahan Kes Pemburu Haram

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang suspek lelaki berusia 60 tahun ditangkap di Kampung Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum di Semporna hari ini susulan penemuan rangka dan bangkai penyu di sekitar kawasan pulau itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata Mahkamaj Majistret Semporna mengeluarkan perintah reman selama lima hari ke atas leloaji terbabit untuk membantu siasatan ekoran 100 rangka penyu yang ditemukan di pantai tersebut menjadi tular di media sosial minggu lepas.

“Jabatan Hidupan Liar masih meneruskan usaha memburu suspek-suspek lain yang dikenal pasti terlibat.

“Gerakan memburu itu meliputi beberapa kepulauan di perairan Semporna,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu, Tuuga berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti tempat pembunuhan seekor gajah jantan yang bangkainya ditemukan terapung di Sungai Kinabatangan pada 25 Sept (Isnin).

Beliau berkata gerakan memburu dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot dan di daratan menggunakan kereta.

“Pemeriksaan di sepanjang Sungai Koyah, dekat kawasan bangkai gajah itu ditemukan terapung, tidak mengesan sebatang tapak kaki haiwan tersebutr yang bermakna gajah itu tidak berasal dari kawasan itu,” kata beliau.

Beberapa suspek telahpun dikenal pasti sementara orang ramai juga membantu jabatan dengan memberi maklumat berkaitan insiden itu, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Augustine Tuugaditahanpemburu haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd