• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pesalah Tak Akan Terlepas Tindakan Undang-Undang”

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjanji tiada perkara yang akan disembunyikan berhubung siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata pihaknya juga telah mengarahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan.

“Saya telah arah TLDM untuk beri sepenuh kerjasama kepada pihak PDRM untuk lakukan siasatan. Tiada perkara akan disembunyikan. Itu janji saya.

“Saya konsisten bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Buat masa ini, biar pihak PDRM teruskan siasatan,” kata beliau dalam laman Twitter rasminya hari ini.

Terdahulu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, dipercayai didera.

Beliau berkata berikutan itu polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

TLDM dalam kenyataannya semalam, menyatakan Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailatuliman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan kelmarin.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang. – BERNAMA

Tags: kes bunuhTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd