• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Perlu Diharamkan – Parti Cinta Malaysia

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – DAP perlu diharamkan di negara ini kerana dilihat sering memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini dan disifatkan sebagai ‘kaki buat kacau’, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Sehubungan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap DAP sebelum ia merosakkan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“DAP ini kerja dia hanya tanam kebencian pada masyarakat, hasut rakyat,” katanya yang dijemput PAS untuk berucap di pentas program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini malam tadi.

Beliau berkata, sepanjang sembilan tahun DAP memerintah Pulau Pinang, parti itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat.

“Sepanjang sembilan tahun mereka perintah Pulau Pinang, tarif air sudah empat kali naik, sewa kedai pun naik 100 peratus, rumah dibina pun bukan mampu milik, tetapi mampu tengok sahaja, tanah pula habis dijual.

“Kalau dua tahun lagi DAP perintah Pulau Pinang, pasir dan pokok pun mereka boleh jual,” katanya disambut sokongan daripada lebih 200,000 ahli dan penyokong PAS.

Beliau berkata, apa yang diingini oleh DAP bukan kuasa untuk memerintah dan berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan parti dan individu yang tamakkan jawatan.

“DAP ini kerjasama dengan kaki ‘u-turn’ (pusingan U) sahaja. Pemimpin mereka pun (DAP) didakwa di mahkamah kerana rasuah, macam mana nak jadi pemimpin negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPPCM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd