• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Bawa Masuk Enam Pemain Beregu Baharu

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam pemain baharu daripada sebuah kelab tempatan akan dibawa masuk ke dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak lama lagi.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keenam-enam pemain berkenaan akan memperkuatkan kem beregu campuran dan beregu lelaki negara.

“Dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi kita akan buat pengumuman mengenai kemasukan enam pemain kelab itu.

“Buat masa ini, kita tidak dedahkan dahulu nama mereka kerana masih berbincang. Yang penting prestasi mereka amat baik ketika ini. Mereka akan diserapkan ke bahagian-bahagian yang relevan,” katanya.

Mohamad Norza turut menjelaskan bahawa keputusan untuk memasukkan enam pemain luar ke BAM itu dipersetujui jawatankuasa kejurulatihan dan latihan (C&T).

Katanya, dalam kalangan enam pemain berkenaan ada yang pernah berada di bawah naungan BAM, namun enggan mendedahkan nama barisan pemain ekoran masih dalam proses perbincangan.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata tiada perubahan berlaku dalam struktur kejurulatihan seperti yang dipersetujui dalam C&T sebelum ini, selepas pengarah teknikal Morten Frost Hansen melepaskan jawatannya.

Katanya, beliau telah maklumkan kepada semua ketua jurulatih bahawa tempoh ‘bulan madu’ untuk skuad badminton negara telah tamat.

“Kami mengekalkan struktur sedia ada yang mana lima jurulatih akan melaporkan kepada C&T. Jurulatih juga gembira dengan struktur sedia ada ini. Mereka perlu mengkaji dan memahami pemain dan pembantu mereka.

“Saya sudah beritahu mereka bahawa tempoh bulan madu sudah tamat dan jurulatih juga faham. Buat pertama kalinya ia permainan Malaysia. Saya yakin mereka akan membawa perubahan yang diperlukan tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: BAMpemain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang...

Ucapan Menyentuh Hati Tunku Mahkota Ismail: ‘Setiap Kali Kita Jatuh Kita Bangkit Semula Itulah Kehidupan’

Ucapan Menyentuh Hati Tunku Mahkota Ismail: ‘Setiap Kali Kita Jatuh Kita Bangkit Semula Itulah Kehidupan’

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Satu rakaman video pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memberi kata-kata semangat kepada pemain pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd