• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Dikecam Gelar Tun Mahathir ‘Negarawan’!

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu teruk dikecam netizen gara-gara gelar Mahathir Mohamad sebagai ‘negarawan’ dalam satu entri akaun Facebooknya baru-baru ini.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu turut disindir hebat kerana menyiarkan gambarnya memasak demi sambut kedatangan Mahathir ke rumahnya di Shah Alam pada 27 September lalu bagi raih populariti di media sosial.

“Saya memasak untuk tetamu istimewa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah untuk makan di rumah saya malam ini. Jiran-jiran turut meraikan kehadiran NEGARAWAN ini.

“Menu istimewa Daging Kambing Nampla Goreng, Sup Kambing, Gulai Ayam Kampung, Ikan Pekasam serta Air Asam,” kata beliau yang juga lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu.

Berikutan status itu, seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook Fairu Zamir mengemukakan dialog sindiran tajam berikut ke atas kenyataan Mat Sabu tersebut:

Mat Sabu memasak di dapur sementara isterinya menyusun pinggan di meja makan kerana Mat Sabu menjemput Tun untuk makan di rumah.

Ketika Tun sampai dia terus dijemput duduk di meja makan. Mat Sabu baru sedar pinggan untuk Tun tak ada.

“Normah, kenapa tak letak pinggan kat Tun? Saya ingat tak perlu, sebab dulu-dulu abang selalu cakap Tun tak makan nasi, Tun makan rasuah je..”

Seorang lagi netizen menggunakan akaun Facebook Halim Md Zin mengecam Mat Sabu kerana pernah menggelar Mahathir sebagai Mahazalim dan Mahafiraun, tetapi kini ‘negarawan’ sejak Mahathir menyertai pembangkang.

Pemilik akaun Facebook Hamdan Abdaziz menulis: “Orang politik memang kena pandai berlakon tetapi dengan Allah SWT kita tak dapat lepas lakonan kita. Allah Maha Tahu segalanya waima berlakon.”

Seorang lagi netizen menggunakan akaun Facebook Yusof Ibrahim pula dilaporkan berkata: “Dulu kena rompak, sekarang kena jilat lidah bercabang Munafendi betul dia ni.”

“Dulu dikutuk sumpah seranah Tun Mahathir sekarang nak masak la pulak. Dah diludah dijilat balik nampaknya. A man with no principle!” kata Fifie Dayang.

“Tak ada kredibiliti langsung ahli politik macam mereka ini. Mereka mudah lupa sejarah diri sendiri,” kata W Husain W Ali.

Seorang lagi pengguna Facebook menggunakan nama Aznil Hashim berkata, tindakan menyiarkan gambar memasak untuk Mahathir dan memakai kali pelekat kerana pilihan raya umum semakin hampir. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mat SabuTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd