• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Sungai Utama Di Kota Belud Lepasi Paras Bahaya

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Paras air dua daripada tiga sungai utama di Kota Belud melepasi paras amaran menyebabkan 13 kampung dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak kira-kira 3.20 petang ini.

Malah, menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah di sini malam ini, Sungai Tempasuk meningkat ke paras bahaya dan mencatat bacaan 5.42 meter.

Paras air Sungai Abai mencatat bacaan 5.45 meter, manakala Sungai Kadamaian pula masih di paras normal dengan bacaan 1.6 meter.

Kampung yang terjejas ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Kota Belud, Kampung Menunggui, Kampung Linau dan Gunding.

Turut terjejas ialah Kampung Sembirai, Kampung Lingkodon, Kampung Tanjung Pasir, Kampung Wakap, Kampung Labuan dan Kampung Taun Gusi Keranjangan.

Tiga jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan kerana dinaiki air pula ialah Jalan Kampung Bobot, Jalan Siasai Tamu dan Jalan Kampung Menunggui.

APM masih memantau keadaan di lokasi kerap banjir di daerah itu dan belum memaklumkan jika ada pusat pemindahan yang dibuka. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd