• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Kereta Terbabas Ke Kedai Cendol

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas ke sebuah kedai cendol di Jalan Rumpun Makmur-Kuala Krau di sini, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata dalam insiden 8.25 pagi itu, mangsa Muhamad Syazwan Yaadkop, 26, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Mangsa ditemui tersepit di tempat duduk dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Felda Jengka 24, Maran dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Krau di sini, bagi menyelesaikan urusan kerja.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt. Mohd Noor Yusof Ali berkata semasa kejadian tiada orang berada di kedai berkenaan kerana waktu perniagaannya bermula 10 pagi. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd