• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Judi Haram: 3,785 Individu Di Selangor Ditahan

oleh Ahmad Albab
29/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan sebanyak 3,785 individu dalam Ops Perjudian Haram di negeri itu bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, tangkapan berkenaan adalah hasil 3,132 serbuan terhadap premis judi dalam talian dalam usaha membanteras sindiket perjudian.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai dipercayai hasil judi berjumlah RM288,380. Daripada 3,132 serbuan itu, sebanyak 2,313 kes telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, polis akan terus memantau Pusat Hiburan Keluarga berlesen di bawah Enakmen Hiburan Selangor 1995 seterusnya mengambil tindakan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sekiranya pemilik dikesan menjalankan kegiatan perjudian.

Katanya tindakan itu seiring dengan arahan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bagi pusat judi haram itu dilupuskan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan pusat hiburan keluarga sekiranya didapati menjalankan aktiviti perjudian walaupun mempunyai lesen sah,” katanya.

Fadzil berkata, sehingga 26 Sept lalu, sebanyak 137 lesen Pusat Hiburan Keluarga telah diluluskan di Selangor.

Katanya, orang awam boleh membantu olis dengan menyalurkan maklumat berkaitan pusat judi ke Bilik Gerakan Cawangan Perjudian dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di talian 03-55145168. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd