• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AHB: PM Mahu Bumiputera Miliki Hartanah Komersial

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan bumiputera agar melihat peluang untuk memperluas pemilikan hartanah di kawasan bandar-bandar utama negara.

Beliau berkata mereka tidak harus bertumpu di kawasan luar bandar sahaja sebaliknya mesti digalak menguasai pemilikan hartanah di kawasan bandar utama, selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan kesejahteraan masyarakat bumiputera.

Menyedari perkara itu, beliau berkata kerajaan menerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), telah mewujudkan skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk memperkukuh penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara melalui penciptaan kekayaan dalam sektor hartanah komersial.

“Hak milik hartanah jangan hanya di luar bandar ataupun pekan-pekan kecil sahaja.

“Bumiputera mesti mempunyai penyertaan kukuh di tengah-tengah bandar utama yang dapat meraih pulangan tinggi,” katanya semasa melancarkan 500 juta unit tambahan AHB, di sini hari ini.

Skim AHB yang dilancarkan pada 2013 dengan satu bilion unit permulaan memberi peluang kepada masyarakat bumiputera untuk turut serta melabur dan mengambil bahagian dalam pemilikan hartanah komersial di Malaysia melalui pegangan unit yang disediakan oleh AHB.

Najib yang juga Pengerusi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, berkata AHB turut berjaya menarik golongan bumiputera melabur dalam unit amanah berlandaskan hartanah.

“Ini dapat dilihat melalui permintaan orang ramai untuk melanggan unit-unit AHB yang tidak pernah surut semenjak pelancarannya. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata skim AHB adalah patuh syariah dan ia juga berjaya memberikan pulangan yang konsisten dengan pengagihan dividen 6.2 peratus pada tahun lepas.

Katanya saiz pelaburan AHB kini telah meningkat kepada empat bilion unit dengan keseluruhan aset terkumpul bernilai lebih RM9.4 bilion.

Beliau berkata antara projek pembangunan baharu yang dilaksanakan PHB tahun ini ialah pembangunan pusat beli-belah Mayang Mall di Terengganu, Hospital Pakar KPJ Damansara serta bangunan pejabat di Jalan Bangsar dan Jalan Conlay, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakhartanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd