• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Universiti Antara 7 Remaja Diberkas AADK

oleh AK-47
29/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tujuh remaja lelaki berumur 15 hingga 20 tahun, seorang daripadanya pelajar universiti, adalah antara 30 orang penagih dadah yang diberkas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis dalam Ops Perdana selama tiga hari berakhir hari ini.

Pengarahnya, Azizah Ahmad berkata operasi dengan kekuatan 65 orang termasuk bantuan 22 anggota Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Perlis berjaya mengesan peniaga-peniaga kecil atau tokan dadah menjadikan hotel-hotel bajet sebagai ‘pot’ mereka untuk mengedar, menjual dan membeli dadah.

“Tokan-tokan dadah ini juga menjual secara dalam talian serta menggunakan aplikasi WhatsApp dan WeChat dalam menjalankan aktiviti haram mereka.

“Saya ingin menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin dan sensitif dengan tingkah laku anak-anak mereka kerana tokan-tokan dadah menjual bahan terlarang itu dalam kuantiti mampu milik untuk memerangkap golongan remaja,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azizah berkata operasi itu yang dijalankan di beberapa kawasan tumpuan seperti rancangan Felda Mata Air dan Padang Besar turut memberkas dua rakyat Thailand dan dua penagih wanita setelah dibuat saringan air kencing terhadap 32 orang yang disyaki.

​​​​​​​Katanya selain pelajar universiti tempatan berumur 20 tahun, turut diberkas adalah 17 orang berumur 21 hingga 40 tahun; dan enam orang berumur 41 hingga 70 tahun, katanya dan menambah, daripada jumlah itu, 28 orang disyaki penagih metamphetamin dan masing-masing seorang penagih ganja serta candu.

AKSEM pula merampas 77 bungkus air ketum (cakeroi) dan 12 botol ubat batuk iaitu bahan utama untuk menghasilkan cakeroi, kata Azizah.

Katanya semua yang ditahan itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. – BERNAMA

Tags: AADK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd