• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

REHDA Mahu Pengecualian GST Bagi Bahan Binaan

oleh AK-47
29/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA) mahu kerajaan mengecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas bahan pembinaan perumahan mampu milik dalam senarai hasratnya bagi Belanjawan 2018.

Presidennya, Datuk Seri FD Iskandar berkata pengecualian cukai itu akan menggalakkan lebih ramai pemaju mengambil bahagian dalam membina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM500,000 dan ke bawah.

“Apabila pengecualian cukai, kos pembinaan akan lebih rendah, menyebabkan harga rumah mampu milik yang lebih rendah,” katanya pada majlis makan tengahari media di sini hari ini.

Memberi contoh harga keluli dan simen, beliau berkata bukan sahaja bahan-bahan yang dikenakan cukai tetapi levi juga dikenakan ke atasnya.

Harga keluli telah meningkat selepas levi baru dilaksanakan awal tahun ini, menyebabkan ia naik kepada kira-kira RM2,600 setan daripada RM1,800 setan sebelumnya.

“Pada masa ini, pemaju perlu membayar kira-kira RM2,600 setan bagi keluli dan bagi pembangunan strata, lebih banyak keluli diperlukan berbanding dengan rumah bertanah.

“Ini telah menyebabkan kenaikan kos pembinaan dan sukar bagi lebih banyak pemaju membina perumahan mampu milik kerana kosnya yang tinggi,” katanya.

Berikutan kos pembinaan yang tinggi, REHDA juga meminta bantuan kerajaan untuk meningkatkan penawaran rumah mampu milik dengan memperuntukkan tanah negeri yang tidak digunakan.

“Kerajaan boleh membantu kami dengan menyediakan tanah negeri untuk perumahan mampu milik, terutamanya jika tanah itu tidak digunakan secara optimum,” katanya.

Bagaimanapun, untuk mengekalkan harga rumah, pengagihan dan jualan semula mesti dikawal dengan sewajarnya supaya faedah akan sampai kepada kumpulan sasaran.

Kos purata membina rumah kos rendah, tidak termasuk kos tanah ialah RM105,000 untuk strata dan RM75,000 untuk seunit rumah bertanah. – BERNAMA

Tags: GSTREDHA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd