• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepala Bayi Dah Keluar, Wanita Ini Bersalin Dalam Lif

oleh
28/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza dan tidak mungkin sama. Setiap orang ada ceritera yang berbeza.

Tidak akan ada yang sama. Mungkin ada yang lawak, ngeri, sebak dan juga selak.

Baru-baru ini, penjaga lif di salah sebuah hospital yang terletak di Shandong, China mendapat pengalaman baharu apabila membantu seorang pesakit melahirkan anak dalam lif.

Difahamkan kejadian itu berlaku kerana pesakit tersebut tidak sempat sampai ke bilik bersalin.

Penjaga lif berkenaan yang dikenali dengan nama Li Fengling berkata, pesakit yang sedang sarat mengandung itu masuk ke lif dalam keadaan sedang menahan sakit.

Lapor Daily Mail, rakaman tersebut memaparkan wanita berkenaan terduduk sejurus memasuki lif.

Susulan itu, Li dengan segera terus menghentikan lif dan mengarahkan penumpang lain keluar bagi memudahkan petugas perubatan memberi rawatan kepada wanita tersebut.

Jururawat, Lin Jun yang dikatakan berada sama dalam lif tersebut membantu wanita itu dalam proses bersalin.

Menurut Lin, proses bersalin itu terpaksa dilakukan dalam lif kerana tidak sempat untuk membawanya ke bilik bersalin berikutan kepala bayi sudah keluar.

Setelah selesai, petugas hospital kemudiannya mengangkat wanita itu ke bilik rawatan bersama bayinya.

Bayi yang mempunyai jisim 2.72 kilogram kini dilaporkan dalam keadaan sihat.

Sementara itu, wanita tersebut dikatakan bernasib baik kerana sempat sampai ke hospital. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd