• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Latihan Khidmat Negara Mulai 30 September

oleh Ahmad Albab
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 bagi Kumpulan 3 Siri 14/2017 akan bermula 30 September hingga 28 November ini.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan berkata pendaftaran pelatih masuk ke kem PLKN akan diadakan serentak di seluruh negara selama dua hari pada Sabtu 30 September dan 1 Oktober.

Menurut kenyataan itu, terdapat 77 pusat berkumpul di seluruh negara sebelum pelatih ke kem PLKN. Senarai pusat itu boleh disemak melalui laman sesawang di www.khidmatnegara.gov.my pada pautan hal ehwal pelatih dan klik pada jadual pusat berkumpul (pergerakan).

“Pendaftaran kemasukan juga masih dibuka dan jabatan mengalu-alukan remaja yang lahir pada tahun 1999 dan dua tahun sebelumnya (1997 dan 1998) untuk datang terus ke 52 kem PLKN yang beroperasi pada hari tersebut.

“Senarai kem PLKN yang beroperasi itu juga boleh dirujuk dalam laman sesawang jabatan.

Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara itu boleh hubungi Pusat Panggilan JLKN di talian 03-40274000,” menurut kenyataan itu.

JLKN berkata ibu bapa atau penjaga tidak perlu bimbang mengenai aspek keselamatan pelatih kerana setiap kem PLKN yang beroperasi mempunyai prasarana yang lengkap serta kondusif untuk latihan. Sepanjang program berlangsung, para pelatih akan sentiasa diawasi oleh jurulatih yang berkelayakan dan berkaliber.

“Para pelatih juga akan dilindungi insurans sepanjang latihan selama lapan minggu dan elaun latihan sebanyak RM200,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd