• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asrama Sekolah Tinggi Islam Di Rembau Terbakar

oleh Ahmad Albab
29/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Rembau terbakar awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama.

Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap.

“Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut,” kata Norazam.

Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti.

Anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika sampai api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu.

Bagaimanapun api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian, katanya.

Kebakaran di asrama sekolah agama ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang guru. – BERNAMA

Tags: Asramasekolah agama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Penghuni Asrama Cemas Bilik Gosok Pakaian Terbakar

14/06/2022
0

SEREMBAN : Pelajar di asrama Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Nilai di sini yang sedang tidur dikejutkan dengan insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd