• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ARSA Nafi Bunuh Penduduk Hindu Di Rakhine

oleh Ahmad Albab
28/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAUNGDAW – Pemberontak Rohingya menafikan dakwaan tentera Myanmar semalam konon mereka membunuh sejumlah besar penduduk kampung yang beragama Hindu.

Mayat mereka ditunjukkan kepada pihak media oleh tentera selepas menggali kubur besar di utara negeri Rakhine.

Pertembungan besar-besaran antara tentera dan pemberontak Rohingya meletus bulan lalu, mencetuskan krisis pelarian dahsyat dengan hampir setengah juta pelarian lari menyeberangi sempadan ke Bangladesh.

Satu perang maklumat menyusul ketika kerajaan Myanmar menolak tuduhan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bahawa tentera melancarkan kempen ‘pembersihan etnik’ ke atas Rohingya yang tidak diiktiraf, berdepan penindasan di negara majoriti Buddha itu selama berdekad-dekad.

Semalam, tentera menerbangkan pihak media ke sebuah kawasan di mana kubur besar mengandungi mayat 45 penduduk kampung Hindu termasuk ramai wanita dan kanak-kanak, ditemui awal minggu ini.

Tentera menuduh pemberontak Rohingya konon melakukan pembunuhan beramai-ramai itu 25 Ogos lalu, hari sama kumpulan terbabit melancarkan serbuan ke atas pos polis, mencetuskan tindak balas tentera.

Dalam kenyataan rasmi pertamanya terhadap tuduhan itu, Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA) menafikan secara sekeras-kerasnya bahwa anggotanya ‘melakukan pembunuhan, keganasan seksual atau pengambilan paksa’ di kawasan itu 25 Ogos lalu.

Mereka menggesa tentera berhenti ‘menyalahkan mangsa’, menurut kenyataan dihantar dalam akaun Twitter ARSA semalam.

ARSA menggunakan nama tempatan, ‘Fakirabazar’, untuk perkampungan Kha Maung Seik di mana kubur besar itu ditemui.

Menurut wartawan AFP di tempat kejadian, rangka mayat mereput itu disusun dalam barisan di atas padang rumput di luar perkampungan Ye Baw Kyaw sambil saudara mara mangsa menangis.

Pasukan keselamatan masih mencari 48 penduduk Hindu yang dikhuatiri maut.

Tentera cuba mengawal penjelasan terhadap krisis itu, menyekat akses media ke zon konflik sambil kerap mengemas kini tulisan yang menyalahkan pemberontak Rohingya atas pertumpahan darah itu.

Laporan tentera dan kerajaan juga mengetengahkan penderitaan kumpulan etnik lain seperti Buddha dan Hindu, untuk turut terbabit dalam kancah pergolakan.

Keganasan terbaharu memburukkan lagi kebencian agama sekian lama dan dirumitkan lagi dengan kebanjiran keterangan bertentangan daripada kumpulan etnik berbeza.

Tumpuan utama pergolakan itu, daerah ini di Rakhine, satu ketika dulu menempatkan beberapa penduduk berbilang agama dengan Rohingya menjadi majoriti.

Namun lebih separuh daripada populasi Islam kini meninggalkan rumah, dengan sejumlah besar perkampungan dibakar, sementara sehingga 30,000 penduduk Buddha dan Hindu turut melarikan diri.

Kumpulan hak asasi menuduh tentera membakar rumah memaksa Rohingya melarikan diri selain menyekat kepulangan mereka, dakwaan dinafikan tentera.

Semalam, seorang menteri Myanmar, Win Myat Aye, dipetik media tempatan sebagai berkata, kerajaan akan menguruskan semua tanah yang rosak akibat dibakar di Rakhine, satu perkembangan kemungkinan menambah kebimbangan berhubung keupayaan pelarian Rohingya untuk kembali. – AFP/BH ONLINE

Tags: MyanmarRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd