• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agih Dividen RM4.7 Juta Kepada Agensi Terengganu

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad (TDM), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu hari ini menyerahkan pembayaran dividen sebanyak RM4,724,270.80 kepada agensi-agensi kerajaan negeri itu membabitkan keuntungan yang diraih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2016.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ini termasuk RM4,603,261.15 kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (RM106,736.85) dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd (RM14,272.80).

“Pembayaran ini dibuat berdasarkan peningkatan pendapatan Kumpulan TDM sebanyak 13 peratus kepada RM428.5 juta bagi tahun kewangan itu berbanding RM380.8 juta bagi tahun sebelumnya.

“Peningkatan prestasi kewangan itu didorong terutamanya oleh bahagian perladangan yang mencatat pendapatan lebih tinggi sebanyak RM245.9 juta berbanding RM215.6 juta sebelum ini.

“Ini berikutan harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit yang masing-masing meningkat sebanyak 23 peratus dan 43 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bayaran dividen kepada wakil-wakil agensi tersebut yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Datuk Mohamat Muda di sini hari ini.

Bagi tempoh sama, Ahmad Razif berkata bahagian penjagaan kesihatan turut mencatat pendapatan sebanyak RM182.7 juta iaitu peningkatan 11 peratus berbanding RM165.2 juta, sebelumnya.

“Seiring prestasi kewangan bagi tahun 2016 ini, pemegang saham telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham. Dasar Dividen TDM Berhad adalah membayar pemegang saham sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih tahunan yang disatukan selepas cukai serta setelah mengambil kira kepentingan pihak minoriti,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada TDM berikutan kejayaan mencatat keuntungan sebanyak RM30 juta dan memberi pulangan kepada rakyat, biarpun dalam suasana ekonomi tidak stabil.

Pada majlis sama, TDM turut menyerahkan sebanyak RM2,040,027 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan RM249,277 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai bayaran keuntungan hasil perkongsian usaha sama.

Kedua-dua agensi ini memiliki tanah ladang sawit seluas 1,336 dan 756 hektar yang dibangunkan TDM menerusi perjanjian usaha sama yang dijalinkan sejak 1996 dan 1997.

Sementara itu, Mohamat berkata misi TDM Berhad adalah menjadi model kepada warga korporat, penambah kekayaan kepada pemegang saham dan juga untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di sekeliling.

“Objektif utama Model Transformasi TDM Baharu (TTB) adalah untuk mencapai permodalan pasaran sebanyak RM2 billion dan membayar dividen tahunan sebanyak RM100 juta. Menerusi perancangan yang jelas dan teratur, kami yakin untuk mencapai objektif kami pada 2022,” katanya.

TDM yang ditubuhkan pada tahun 1965, turut tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia dengan perniagaan terasnya adalah perladangan sawit dan penjagaan kesihatan.

Bahagian perladangan TDM iaitu TDM Plantation Sdn Bhd menguruskan 12 ladang sawit dan dua buah kilang yang terletak di Sungai Tong dan Kemaman manakala pada tahun 2007, TDM mengembangkan perniagaan ladangnya ke Kalimantan, Indonesia.

Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI) pula, TDM mempunyai empat hospital pakar iaitu Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) di Petaling Jaya, Selangor; Kuantan Medical Centre (KMC) di Pahang; Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) di Kuala Terengganu dan TDMC Hospital di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu Di Buka

08/05/2018
0

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu kini menyediakan satu lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan menerusi penubuhan Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd