• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebebasan Agama Malaysia Jauh Baik Berbanding UK

oleh Ahmad Albab
27/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan, Datuk Zaid Ibrahim bahawa kebebasan mengamalkan dan menganjurkan aktiviti berteraskan keagamaan di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding di United Kingdom (UK).

Pengerusi Kelab Perkasa UK, Ainor Izman Mahmood turut mengingatkan Zaid yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyertai DAP bahawa tiada sebarang keistimewaan dan kemudahan spesifik yang dijanjikan kepada umat Islam Malaysia untuk memulakan kehidupan di UK.

“Segalanya bergantung kepada tubuh badan sendiri dan kita juga perlu bersaing dengan bangsa lain selain daripada penduduk UK terutama penduduk dari Kesatuan Eropah (EU) yang lebih diberikan keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan dan sebagainya.

“Adakah ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik di UK? Daripada konteks keagamaan, di Malaysia `accessibility’ untuk mengamalkan dan menganjurkan aktiviti berteraskan keagamaan adalah lebih baik berbanding di UK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Ainor Izman bagaimanapun menggalakkan rakyat Malaysia keluar negara terutama ke UK bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman, tetapi pulang semula ke tanah air bagi menyumbangkan ilmu dan pengalaman bagi membangunkan bangsa dan tanah air.

Zaid sebelum ini menggelar Malaysia sebagai “negara orang Islam yang tenat” dan menggesa umat Islam berhijrah ke UK kerana mendakwa kehidupan untuk mereka di negara tersebut lebih baik berbanding di Malaysia.

Kata Zaid sikap ulama-ulama Islam di Malaysia yang tidak suka kepada golongan homoseksual dan liberal sedangkan mereka juga ciptaan Tuhan sedang menjadikan umat Islam negara ini lemah daripada segi intelek.

“London adalah tempat untuk kamu berpindah. Ramai Melayu sudah pun mendiami London. Bawa keluarga dan sertai mereka,” kata Zaid. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Zaid IbrahimPERKASA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Apa-apa yang Bersifat ‘Pintu Belakang’, Begitulah Cara Sistem Westminster Berfungsi

Tiada Apa-apa yang Bersifat ‘Pintu Belakang’, Begitulah Cara Sistem Westminster Berfungsi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa seorang Menteri Besar yang kehilangan sokongan majoriti ADUN sepatutnya meletakkan...

AGRA, GPMS, PERKASA Batal Perhimpunan Bantah Dong Zong

28/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan, membatalkan Himpunan Julang Perlembagaan ‘Rempuh 2812’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd